Wednesday, November 18, 2009

Ku tak bisa..

Disini aku ciptakan kasih, dengan harapan ia akan bersemi menjadi sebuah cinta yang agung.. Aku titipkan sabar dalam merentasi hari-hari tanpamu.. Aku yakin Allah akan menjaga mu lebih baik dari yang aku mampu..
Berserilah taman kasih yang aku dambakan, dengan kilauan sayang yang bergemerlap..Kuakui.. jauh disudut hati ini aku terlalu merindui.. Merindui satu jasad yang telah aku hamparkan sebuah perasaan yang dalam. Berbalaskah rasa rindu ini..
Kian merangkak hari, kutemukan ketenangan yang dulu pernah singgah dilaman hati.. Walau sekejap cuma, ia menjadi bingkisan bahagia yang selalu ingin kukenang...
Impian ini hanya impian.. Tak mungkin yang kulakarkan dilangit harapan menjadi realiti yang mengasyikkan.. Itu khayalan cuma..
Bersemadilah duhai mimpi kerana  aku sering terluka mengenang 'kamu'...

Wednesday, November 4, 2009

Hmm..

"Kalau bisa kuterbang ke langit, menggapai himpunan awan yang lembut itu.. pasti kutemui damai yang kucari.. Alangkah indahnya kalau dapat aku ukirkan saat bahagia pada hamparan pelangi itu.. pasti ia adalah kemanisan yang pernah aku impikan..
Hidup ini tak terjanji dengan kebahagiaan yang berpanjangan.. kesedihan itu jua tidak kekal.. mendung yang berarak bersama awan kelabu itu hanya seketika.. Percayalah.. semua itu akan berlalu..Hadapilah segalanya dengan penuh rela.. kerana itu lebih baik.. 
Sesungguhnya kamu tidak bersendirian dalam hidup ini.. "

Tuesday, October 13, 2009

Ingatkan aku..

Saat ini, masih dalam kesibukan menyiapkan tugasan sebelum semester berakhir. Sekali lagi, medan peperangan untuk peperiksaan itu perlu aku tempuhi.. Untuk kesekian kali.. Kadang2, terfikir jua bilakah semua ini akan berakhir. Aku terlalu letih.. Letih dengan kehidupan yang menguji setiap inci keikhlasan.. Astarghfirullah.. Teringat kata2 Saidina Ali, "Apabila kamu merasa letih dengan kebaikan, sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal. Sekiranya kamu merasa seronok dengan dosa(maksiat), sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan berkekalan". Hm, mudah2an, ini adalah kebaikan.. Sedikit sebanyak kata2 ini menjadi penawar hati yang lara.
Jangan berhenti menuntut ilmu. 'When you stop learning you stop leading'. Berkembangnya ilmu melalui kepimpinan. Maka, tidakkah aku menidakkan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini andai aku menolak untuk memimpin? Berjayakah kepimpinan tanpa ilmu? Saat ini, aku tahu,pencarian ilmu itu takkan pernah berakhir. Cuma mungkin penerimaan sesuatu ilmu itu berbeza..
'Semoga terus tabah dalam menuntut ilmu..'

Friday, October 9, 2009

Gerhana Semalam

Sekilas pandang ke masa lalu, sedikit sebanyak mengingatkan diri tentang waktu yang berlalu. Waktu yang tak akan mungkin dapat untuk diputar kembali, waktu yang tidak jua membenarkan untuk memperbaiki segala kesilapan yang terjadi.

Saat ini, penyesalan itu terbit jua. Airmata yang mengalir tak dapat untuk ditahan. ‘Kalau’ itu tak akan terjadi. Yang kulalui kini ialah realiti. Realiti yang tak memungkinkan untukku kembali pada masa silam. Meski masa itu menjarakkan keadaan, ingatan tentang sesuatu peristiwa itu sukar untuk aku singkirkan.

Aku menderita dengan ‘kenangan’. Sebahagian keperitan yang cukup untuk meluluhkan sekeping hati. Berlalulah simpulan kenangan yang dulu teguh di ufuk mimpi. Tinggalkan ini sebagai sebahagian milik diri yang pahit untuk dikenangi, agar suatu saat ia menjadi ingatan paling berguna menuju hidup yang hakiki.

Tika gerhana beransur hilang, pulangkan kembali mentari pagi. Agar bisa memberi harapan untuk terus melalui hari…

Thursday, October 8, 2009

pilihanku..

Andai diberi pilihan, tentu sekali yang mudah dan terbaik yg kita inginkan.. namun tak semuanya dapat kita miliki.. kerana disebalik setiap pilihan terselit sebuah hakikat ketentuan.. namun, tetap jua terpaksa memilih..
barangkali pilihan yang tak kita sukai, itulah yang terbaik dan boleh jadi sebaliknya..
tatkala aku membuat pilihan, aku tahu tak semestinya sentiasa disenangi.. itulah hidup.. hidup yang sentiasa memberi ruang untuk memilih..
banyak yang berlaku dalam hidup kita, bukan disebabkan oleh pilihan kita, tetapi jua disebabkan oleh pilihan orang lain..
peritnya suatu pilihan, apabila diiring penderitaan.. dan waktu untuk memilih itu tidak banyak.. sentiasa aku sangsi.. inikah jalannya, inikah pilihan yang aku miliki..merelakan untuk disakiti, mengelak dari menyakiti.. namun, tetap jua memilih...

Friday, September 11, 2009

CUTIkah ini?

2 bulan lepas, cuti raye ini mungkin satu penantian bagiku, namun segala-galanya bertukar menjadi mimpi ngeri.. Lecturer nampaknye mengambil seluruh kesempatan yang ada untuk mengagihkan 'moreh' sempena ramadan ini.. mereka tidak lupa memberikan bekalan assingment yang mencukupi sepanjang cuti ini..
Wah!! Sungguh bebanan dikepala ini bertambah besar.. Nampaknye yang akan dibawa pulang menaiki bus kali ini bukan lagi baju dan kuih raye seperti tahun2 sebelumnye.. Nampaknye yang akan menjadi penumpang di seat sebelah adalah buku2 yang tak diundang untuk bersama merayekan lebaran.. (bertuahnye engkau buku..)
Kepala otak sibuk memikirkan bagaimana mungkin aku boleh menyiapkan assignment yang diberi.. Sehingga semalam, suhu badan terus meningkat mengenangkan longgokan homework seperti jualan kuih raye bulan ini..
Duhai lecturerku, mengertilah anda semua, bahawa tuntutan tanggungjawabku dirumah terlalu banyak.. Siapa lagi yang akan melakukan kerja2 mengemas rumah, mengelap tingkap, menebas lalang dan sebagainya kalau bukan aku?? Mahukah kamu membantu?? tentu tidak..
Mahu tak mahu, takdir telah menentukan bahawa semua assignment itu akan dihantar sebaik sahaja kelas bermule.. dan aku seperti biasa menunjukkan wajah tabah walau hatiku berbunga derita...huhuhu..

Puasa ke-21

Sebaik saje azan berkumandang, aku pun berbuka dengan tak berapa sabar... maklumlah... lapar sangat.. Alhamdulillah, habis makanan yang dibeli. Tak la membazir... Selepas solat terawih bersendirian, aku pun mule menatap nota-nota yang perlu dibaca..
Wah!! Mengantuknye bukan kepalang.. Mungkin disebabkan perut yang terlalu kenyang.. Tapi keinginan untuk mengulangkaji masih ada, lalu aku teruskan juge..
Gelap malam menemani aku mengulangkaji.. Dengan tibe2, mood untuk meneruskan pembacaan terpaksa dibatalkan.. Sedih juge rasanye, tetapi kepala otak ini sudah tidak mampu untuk menerima bingkisan2 ilmu.. hehe.. Aku pun berlalu untuk tido..
Alangkah terkejutnya diriku apabila mendapati jam sudahpun menunjukkan pukul 6.10 minit. Apakah maksudnya itu?? Aku terlepas sahur!!! Ya Allah, alangkah kecewanye rase dijiwa.. Nampaknya kempunanlah diriku untuk menikmati roti RM0.60 yang kubeli semalam.. Lebih membuatkan keadaan diriku sedikit tertekan tatkala mengenangkan aku tidak mengambil sebarang makanan extra slps brbuka,kelas aku pula sngat padat hari ini.. Oh tidakkk!!
Habis kelas yang pertama pagi ini, diriku mula merasa sesuatu.. Kepeningan kepala, kesakitan perut dan keloyaan tekak.. Apakah ini? Simptom gastrikkah??
Diri terasa hendak pengsan tatkala matahari diatas kepala (maksudnye tengahari).. Bisikan hati untuk memonteng kuliah petang ini semakin hebat memujuk diri.. Aku gagahkan jua demi kebaikan diri pada masa depan..
Sebaik jam menunjukkan pukul 7 mlm, aku pun sedia menatap sup daging yang kubeli.. Walhal waktu berbuka ada lebih kurang 15 minit lagi.. Ish3. Aku lantas memalingkan diri supaya pahala puasaku tidak berkurangan...
Syukur.. hari yang amat meletihkan ini berlalu juge.. Kesimpulan yang dapat aku buat, padan muke la kalu tak bangun sahur..huhuhu..

Saturday, August 15, 2009

Kala diuji...

‘Doakan dia.. Kritikal sangat.. sedih tengok.. Kena Ingat Allah sentiasa.. Ujian hidup ni macam-macam..’

Aku tahu, dan aku cukup faham. Perjalanan hidup yang dipagari takdir. Aku doakan, mudah-mudahan Allah menyembuhkan dia.. Aku harap sangat kalau FM cepat sembuh, boleh keluar hospital. Aku ingin kalau FM sihat macam dulu….

Sakit macam tu, memang sukar. Tapi aku percaya, kudrat dan iradat Allah itu mengatasi segala. Andainya Allah izinkan untuk sembuh, pasti akan terjadi..

Selaut kasih aku hamparkan, meski dari kejauhan.. Biarpun tiada siapa yang tahu, cukuplah andainya hamparan ini tiba pada destinasinya…

Tuhan, Engkau lebih mengerti hikmah segala yang terjadi.. Kami akui keagunganMu Ya Allah.. Berikan kami kekuatan menerima segala suratan, mudah-mudahan redhaMu yang kami genggam..

Aku selalu ingat pada satu petikan ayat, ‘Ujian itu sebagai ‘kaffarah’ dosa-dosa lalu, supaya saat kita kembali padaNya, kita bersih dari dosa.’

Pastinya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang.. DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.. Semoga kita tak diuji dengan bebanan yang tak mampu kita hadapi…

Keje Lagi??

Keje lagi! Baru je nak relakskan otak sikittt.. Miss ni tak bagi chance orang nak rehat-rehat.. Macam la keje lain tak banyak.. Malam ni kena study, lusa ada kuiz, lepas lusa ada kuiz lagi… assignment… tajuk dah dapat, when are you going to start working on that???

Eeiii.. cam nak nangis je.. Hello… Nak nangis kenapa?? Sabar la.. blaja memang macam tu.. Bukan ko sorang la yang banyak keje…

Kalau difikirkan balik, memang betul bukan aku sorang. Tapi, kenapa ye aku rase semacam je bila banyak keje..

‘Ko tak tau bahagi mase’, ‘Kalau asyik tido je, bile mase nak buat keje?’, bla..bla..bla.. Hm, macam tu la… ayat2 kutukan dari dalam diri.. Tak payah nak tunggu orang lain cakap, awal2 lagi diri sendiri dah kutuk tuannye…

Huh! Tak baik mengeluh tau.. Bukan mengeluh la.. Saje tarik nafas lain macam sikit.. Takkan tak boleh.. Ye tak??

Dengar sini, ko ni tertekan sebenarnye.. Cuba la ubah cara belajar tu.. (cam mane?) Hm, jawapannya, hanya engko yang tau.. Ko mesti ada teknik belajar yang sesuai dengan ko, yang buat ko selesa belajar cara tu. Do not ever imitate what others do! Why? Bcoz it may not suit your’s..

Bunyi cam nak bagi motivasi.. Alih2 kena fikir sendiri jugak.. Baru je nak jadi orang yang bersemangat tadi… Huhuhu…

Lumrah...

Pejam celik pejam celik, dah 12 haribulan hari ni.. Em, rasenya baru je 1 Ogos hari tu.. Keje dah semakin bertimbun.. Semua tu kena buat sungguh-sungguh… Tak boleh hentam je.. Jangan fikir nak cepat siap je.. Buat sungguh-sungguh, biar hasilnya berkualiti..

Itulah masalahnya.. Keje yang berkualiti ni perlukan masa.. Hari ni cari bahan kat library, esok pulak surf internet untuk tambah info.. Nanti kena refer buku –buku lain lagi, pergi library lagi..

Pendek kata, ulang alik ke library la, pinjam buku itu, pinjam buku ini.. Ya Allah, itu bukan keje untuk 1 subjek je.. Kalau ambil 7 subjek?? Em.. Nampaknya kena la gandakan ulang alik tadi…

Bila difikirkan balik, itulah lumrah hidup seorang pelajar. Semua keje menuntut masa, tenaga, wang ringgit, bla..bla..bla.. Banyak yang perlu dikorbankan… Tapi, semua tu ada ganjaran.. Kalau berjaya, dapat result yang cemerlang, syukur sangattt.. Semua keletihan yang kita rasa seolah-olah terbalas.. Betul tak?

Em., jadi kenalah usaha gigih kalau nak berjaya… Sekarang jugak kena berazam, jangan malas-malas.. Fokus sekarang adalah pelajaran.. Jadi, perkara-perkara lain tu jangan difikirkan sangat.. (Perkara ape??)




Bulan??

‘Ape yang awak rase bile tengok langit?’ ‘Rasa kebesaran Allah..’ ‘Hm, betul la.., awak rase tak nak sentuh langit?’ ‘Bukan setakat nak sentuh aje, macam-macam saya nak.. Ni cerita langit impian..

Selalu je saya tertanya-tanya, apa yang ada diatas langit sana.. Kalau boleh, nak je terbang bebas menuju langit.. Nak sentuh lapisan demi lapisan.. Kerana saya tahu, damai Illahi ada diatas sana..

Kalau boleh, nak je bersimpuh diatas awan, melihat bumi dibawah… Bagaimana agaknya pandangan keamanan saya perolehi…

Kala malam, saya nak berlari menyusun bintang-bintang, agar suasana kelam kembali bercahaya…

Macam mana agaknya bila hujan? Mesti sejuk kan.. Saya tak kisah hujan.. Saya nak teman matahari keluar lepas hujan, biar cahayanya nanti menghadirkan pelangi.. Seronok kan, kalau dapat berjalan diatas pelangi.. Merentas warna-warna yang mengasyikkan…

‘Eh, awak tertinggal sesuatu..’ ‘Ape die?’ ‘Awak tak cakap pasal bulan pun.. Kesian bulan..’ ‘(Eeeee, geramnye…)’



Perginya Seorang Daie...

Aku bergegas ke lab, sebaik pembatalan ‘pengajian tambahan’ oleh guruku.. Alangkah eloknya kalau aku diberitahu lebih awal.. Tak perlu aku bersiap awal pagi ini.. Agendaku terpaksa kuubah.. Nampaknya sebelah pagi ini aku terpaksa mencari info untuk proposal yang perlu aku buat, memandangkan esok ada perbincangan.

Memang menjadi rutinku bila berhadapan dengan computer.. Banyak yang boleh dibuat, cek email, melayari blog dan sebagainya.. Tapi yang pasti, aku cukup suka membaca berita secara online..
Berita hari ini membuatkan termenung seketika.. Ustaz Asri Rabbani telah kembali ke rahamtullah. ‘Innalillahi wainna ilaihirojiun.’ Sememangnya aku tersentak, ingatanku kembali mengimbau kenangan disekolah, beberapa tahun dulu.

Aku dan kawan-kawan ditugaskan menyambut kedatangan kumpulan Rabbani ke sekolah kami. Seketika, aku berkesempatan untuk mendengar ceramah dari ustaz.. Aku senang sekali dengan nasihat dan cara penyampaian yang tulus itu.. Dan yang paling menyenangkan ialah, lambaian dan senyuman ustaz dari dalam van sewaktu ingin pulang..

Sebagai pelajar, tentu sahaja kami rasa bahagia, kerana penghargaan yang ditunjukkan oleh ustaz Asri.. dan juga kesudiannya menjejakkan kaki ke sekolah kami.. Meskipun tak berupaya untuk mengenali peribadi itu, sesungguhnya wajah dan perilakunya cukup untuk menggambarkan siapa dia…

Hari ini, tak terlihat lagi segala peribadinya, tak terulang jua lambaian dan senyumannya, kerana daie itu telah berlalu.. Dipanggil Illahi setiba waktunya.. Adanya kematian mengingatkanku, suatu saat, aku jua pasti pergi.. Semoga diri ini berada dijalan kebaikan hendaknya…

Semoga allahyarham ustaz Asri ditempatkan disisi golongan orang orang yang beriman.. Al- Fatihah.

Wednesday, August 12, 2009

Duhai diri...

Selalu ku berharap, agar aku bisa mengerti segala yang terjadi. Namun tak semudah itu. Hati ini sukar benar untuk difahami…

Aku selalu inginkan ketabahan. Tabah dalam menghadapi segala yang melanda. Mengapa? Mungkin kerana aku seorang yang mudah bersedih.. Selalu sahaja perkara kecil menjadi sebab aku menitiskan air mata..

Terkadang aku cukup tergangu dengan emosiku yang begitu.. Mana mungkin aku bisa menjadi dahan kekuatan buat insan disisiku..

Aku senang bersendiri, membawa lara hati yang sepi… bukan ku bermaksud menyendiri.. Hakikatnya, aku tak sanggup menambah duka dihati kalian.. Aku tak setabah itu..

Aku letih dengan segala kepura-puraan.. aku letih untuk menyimpan keruhnya perasaan.. aku letih dengan tangisan yang berpanjangan…

Ya Allah, aku lemah, berilah aku kekuatan mengisi perjalanan waktu.. Berilah aku ketabahan untuk bangkit dari kelukaan.. Hapuskanlah duka dalam diriku, gantikanlah dengan kebahagiaan, meski bukan didunia, diakhirat nanti…

Saturday, August 8, 2009

Razan..

Karma kehidupan, yang baik akan terbalas dengan kebaikan. Benarkah dunia masih mengikuti karma yang masih tak terlihat. Dunia ini saksi segala. Derita, kepahitan kekejaman dan segala yang terjadi.

Razan, engkau jauh disana. Menongkah arus kehidupan yang pahit bersendirian. Tak tergambar olehku deritanya harimu. Lenakah lelapmu dalam khemah pelarian. Bila-bila sahaja diburu hujan peluru.

Katamu, kematian itu biasa bagiku. Aku melihatnya hampir setiap hari. Dan hidupku terhidang dengan itu semua. Ia suatu kebiasaan bagiku. Selepas ayah, ibu dan adik. Pastinya aku akan menjejak kalian nanti.

Di daerah kekejaman ini, tiada istilah kebaikan yang kutahu. Suatu saat, aku saksikan seorang wanita dibunuh. Anaknya meraung disisinya, lalu dia turut ditembak mati. Disaat yang lain pula, seorang pemuda ditangkap tiba-tiba. Dia disyaki memiliki senjata. Apabila didapati tiada senjata padanya, terus sahaja dia ditembak.

Kutanya diriku, apakah salah ketiga-tiganya, lalu mereka dibunuh sedemikian rupa. Sahabat, aku harap sahaja andainya aku ini buta. Tak mampu lagi untuk kutanggung segala rasa dijiwa. Melihat semua kekejaman ini.

Benar, inilah yang terjadi disini. Dunia melihat, merasa dan mendengar derita kami. Namun, mereka menyepi..

Sahabat, disaat pengharapan pada dunia tak dapat lagi aku sandarkan, kerana aku jua mengerti kemelut yang melanda.. Aku pohon, doakanlah kami disini, merentas hari-hari terakhir, atas nama seorang muslim, kerana pastinya kita bersaudara…

Itu secebis coretan dari Razan sahabatku. Barangkali ini yang terakhir darinya. Razan, aku pasti Allah akan memberikan kemenangan pada kalian. Semoga Allah melindungimu sahabat….

pergi...

Musim luruh dijiwa, bila hati teruji dengan erti pasrah. Tak mungkin terhenti waktu untuk dikau selami segala yang terjadi. Panas yang datang memudarkan sinar pelangi. Dan mungkin, ia takkan hadir lagi..

Belajar untuk pasrah, bila yang disayangi pergi selamanya. Dia kehilangan sebahagian dari dirinya yang dulu bertahun menemani. Kesepian terlalu asing, namun hidup harus diteruskan..

Mungkin saja separuh rasa bahagia direnggut tiba-tiba. Kepergiannya bukan sekadar menguji kesetiaan seorang wanita, tapi keimanan seorang hamba pada helaian qada Illahi.

Mampukah dilalui detik ini tanpamu.. mampukah kenangan mengisi kekosongan.. Dia rindukan jasadmu.. jasad yang suatu ketika dulu melindungi… dia rindukan rohmu.. roh yang sentiasa mengerti..

Saat disatukan, mereka berjanji sehidup semati.. Dan pemergianmu turut membawa pergi hatinya.. tiada arah lagi untuk dipersembahkan segala rasa..

Menanti dan terus menanti.. bilamana malaikat kembali, menunaikan sebuah janji, yang terpatri sejak azali, janji seorang hamba dengan Pencipta…

mengapa menulis..??

Tak ada sebab yang jelas mengapa menulis.. mungkin lebih kepada sebuah keinginan.. barangkali jua buat tatapan untuk diri.. mungkin suatu saat nanti masih berkesempatan untuk melihat kembali coretan masa lalu..
sekilas pelangi... frasa yang cukup aku senangi... boleh jadi kerana nama pelangi itu sendiri.. dan sebenarnya, banyak yang tersirat disebalik 'pelangi' hidupku... aku senang dengan keindahannya, meski seketika ia bertamu..
kiranya mungkin, ingin kuabadikan waktu2 dalam hidup ini dalam bingkai penulisan 'sekilas pelangi'..
semoga, blog yang masih 'hijau' ini akan terisi dengan penulisan yang bermakna.. moga ada waktu untuk itu...