Tuesday, October 13, 2009

Ingatkan aku..

Saat ini, masih dalam kesibukan menyiapkan tugasan sebelum semester berakhir. Sekali lagi, medan peperangan untuk peperiksaan itu perlu aku tempuhi.. Untuk kesekian kali.. Kadang2, terfikir jua bilakah semua ini akan berakhir. Aku terlalu letih.. Letih dengan kehidupan yang menguji setiap inci keikhlasan.. Astarghfirullah.. Teringat kata2 Saidina Ali, "Apabila kamu merasa letih dengan kebaikan, sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal. Sekiranya kamu merasa seronok dengan dosa(maksiat), sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan berkekalan". Hm, mudah2an, ini adalah kebaikan.. Sedikit sebanyak kata2 ini menjadi penawar hati yang lara.
Jangan berhenti menuntut ilmu. 'When you stop learning you stop leading'. Berkembangnya ilmu melalui kepimpinan. Maka, tidakkah aku menidakkan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini andai aku menolak untuk memimpin? Berjayakah kepimpinan tanpa ilmu? Saat ini, aku tahu,pencarian ilmu itu takkan pernah berakhir. Cuma mungkin penerimaan sesuatu ilmu itu berbeza..
'Semoga terus tabah dalam menuntut ilmu..'

Friday, October 9, 2009

Gerhana Semalam

Sekilas pandang ke masa lalu, sedikit sebanyak mengingatkan diri tentang waktu yang berlalu. Waktu yang tak akan mungkin dapat untuk diputar kembali, waktu yang tidak jua membenarkan untuk memperbaiki segala kesilapan yang terjadi.

Saat ini, penyesalan itu terbit jua. Airmata yang mengalir tak dapat untuk ditahan. ‘Kalau’ itu tak akan terjadi. Yang kulalui kini ialah realiti. Realiti yang tak memungkinkan untukku kembali pada masa silam. Meski masa itu menjarakkan keadaan, ingatan tentang sesuatu peristiwa itu sukar untuk aku singkirkan.

Aku menderita dengan ‘kenangan’. Sebahagian keperitan yang cukup untuk meluluhkan sekeping hati. Berlalulah simpulan kenangan yang dulu teguh di ufuk mimpi. Tinggalkan ini sebagai sebahagian milik diri yang pahit untuk dikenangi, agar suatu saat ia menjadi ingatan paling berguna menuju hidup yang hakiki.

Tika gerhana beransur hilang, pulangkan kembali mentari pagi. Agar bisa memberi harapan untuk terus melalui hari…

Thursday, October 8, 2009

pilihanku..

Andai diberi pilihan, tentu sekali yang mudah dan terbaik yg kita inginkan.. namun tak semuanya dapat kita miliki.. kerana disebalik setiap pilihan terselit sebuah hakikat ketentuan.. namun, tetap jua terpaksa memilih..
barangkali pilihan yang tak kita sukai, itulah yang terbaik dan boleh jadi sebaliknya..
tatkala aku membuat pilihan, aku tahu tak semestinya sentiasa disenangi.. itulah hidup.. hidup yang sentiasa memberi ruang untuk memilih..
banyak yang berlaku dalam hidup kita, bukan disebabkan oleh pilihan kita, tetapi jua disebabkan oleh pilihan orang lain..
peritnya suatu pilihan, apabila diiring penderitaan.. dan waktu untuk memilih itu tidak banyak.. sentiasa aku sangsi.. inikah jalannya, inikah pilihan yang aku miliki..merelakan untuk disakiti, mengelak dari menyakiti.. namun, tetap jua memilih...