Saturday, August 15, 2009

Perginya Seorang Daie...

Aku bergegas ke lab, sebaik pembatalan ‘pengajian tambahan’ oleh guruku.. Alangkah eloknya kalau aku diberitahu lebih awal.. Tak perlu aku bersiap awal pagi ini.. Agendaku terpaksa kuubah.. Nampaknya sebelah pagi ini aku terpaksa mencari info untuk proposal yang perlu aku buat, memandangkan esok ada perbincangan.

Memang menjadi rutinku bila berhadapan dengan computer.. Banyak yang boleh dibuat, cek email, melayari blog dan sebagainya.. Tapi yang pasti, aku cukup suka membaca berita secara online..
Berita hari ini membuatkan termenung seketika.. Ustaz Asri Rabbani telah kembali ke rahamtullah. ‘Innalillahi wainna ilaihirojiun.’ Sememangnya aku tersentak, ingatanku kembali mengimbau kenangan disekolah, beberapa tahun dulu.

Aku dan kawan-kawan ditugaskan menyambut kedatangan kumpulan Rabbani ke sekolah kami. Seketika, aku berkesempatan untuk mendengar ceramah dari ustaz.. Aku senang sekali dengan nasihat dan cara penyampaian yang tulus itu.. Dan yang paling menyenangkan ialah, lambaian dan senyuman ustaz dari dalam van sewaktu ingin pulang..

Sebagai pelajar, tentu sahaja kami rasa bahagia, kerana penghargaan yang ditunjukkan oleh ustaz Asri.. dan juga kesudiannya menjejakkan kaki ke sekolah kami.. Meskipun tak berupaya untuk mengenali peribadi itu, sesungguhnya wajah dan perilakunya cukup untuk menggambarkan siapa dia…

Hari ini, tak terlihat lagi segala peribadinya, tak terulang jua lambaian dan senyumannya, kerana daie itu telah berlalu.. Dipanggil Illahi setiba waktunya.. Adanya kematian mengingatkanku, suatu saat, aku jua pasti pergi.. Semoga diri ini berada dijalan kebaikan hendaknya…

Semoga allahyarham ustaz Asri ditempatkan disisi golongan orang orang yang beriman.. Al- Fatihah.

No comments:

Post a Comment