Saturday, August 8, 2009

Razan..

Karma kehidupan, yang baik akan terbalas dengan kebaikan. Benarkah dunia masih mengikuti karma yang masih tak terlihat. Dunia ini saksi segala. Derita, kepahitan kekejaman dan segala yang terjadi.

Razan, engkau jauh disana. Menongkah arus kehidupan yang pahit bersendirian. Tak tergambar olehku deritanya harimu. Lenakah lelapmu dalam khemah pelarian. Bila-bila sahaja diburu hujan peluru.

Katamu, kematian itu biasa bagiku. Aku melihatnya hampir setiap hari. Dan hidupku terhidang dengan itu semua. Ia suatu kebiasaan bagiku. Selepas ayah, ibu dan adik. Pastinya aku akan menjejak kalian nanti.

Di daerah kekejaman ini, tiada istilah kebaikan yang kutahu. Suatu saat, aku saksikan seorang wanita dibunuh. Anaknya meraung disisinya, lalu dia turut ditembak mati. Disaat yang lain pula, seorang pemuda ditangkap tiba-tiba. Dia disyaki memiliki senjata. Apabila didapati tiada senjata padanya, terus sahaja dia ditembak.

Kutanya diriku, apakah salah ketiga-tiganya, lalu mereka dibunuh sedemikian rupa. Sahabat, aku harap sahaja andainya aku ini buta. Tak mampu lagi untuk kutanggung segala rasa dijiwa. Melihat semua kekejaman ini.

Benar, inilah yang terjadi disini. Dunia melihat, merasa dan mendengar derita kami. Namun, mereka menyepi..

Sahabat, disaat pengharapan pada dunia tak dapat lagi aku sandarkan, kerana aku jua mengerti kemelut yang melanda.. Aku pohon, doakanlah kami disini, merentas hari-hari terakhir, atas nama seorang muslim, kerana pastinya kita bersaudara…

Itu secebis coretan dari Razan sahabatku. Barangkali ini yang terakhir darinya. Razan, aku pasti Allah akan memberikan kemenangan pada kalian. Semoga Allah melindungimu sahabat….

No comments:

Post a Comment