Friday, April 2, 2010

Rindu..

Rindu..
Rindu untuk menulis..
Kerana bicara pena itu bisa merungkai perasaan..
Namun..
Lara dalam hati ini tetap bergolak..

Aku biarkan hari-hari berlalu..
Cuba untuk mengusir kepahitan yang datang..
Hakikatnya aku gagal..
Gagal mentafsir sisipan takdir milikku..

Biarkan jejak semalam hilang..
Ataupun kabur dari pandangan..
Tak ingin kuingati..
Tak ingin kukenang lagi...

Tuesday, January 12, 2010

Hari pertama..

Em, bermulenye semester baru.. Susah benar nak membiasakan diri untuk kembali berdepan dengan buku-buku pelajaran setelah lama bercuti. Kena kuatkan semangat. Semester ni memang tough teramat.


Minggu pertama macam relax. Tapi sebenarnya banyak benda yang perlu disetelkan. Itulah, inilah..macam-macam. Lumrah.. itulah lumrah hidup seorang pelajar..

Hari pertama ke kelas.. Fenomena biasa dalam perjalanan.. Biase la, terserempak dengan gerombolan warga baru kampus.. semua duk menggelabah mencari kelas.. dialog macam ni biase..



Sis, tau tak …. kat mane?

Eh, tumpang tanya, …. kat mane?

(Yg sopan sikit)

Assalamualaikum. Tumpang tanya, .... kat mane?

Excuse me, where is….?

(dan banyak lagi versi bahasa yang boleh kite dengar)



Ini la antara dialog yang biase di minggu pertama… Oleh kerana kampus ni banyak variasi bangsa, macam-macam bahasa la diterjemahkan.. Ada yang tunjuk kertas dieorang je, suh kite pandai-pandai agak mane dieorang nak pegi.. Ish, bunyi macam menyusahkan.. Sudut positifnya, bagi yang kurang bercakap bolehla praktiskan kemahiran komunikasi. Bagi yang tak suke kena soal, baik dalam kelas mahupun diluar, mau je buat dunno ngan pertanyaan orang yang tak jumpa arah ni.

Kelakar kelakar juge, sebab hampir setiap semester fenomena sama berlaku. Tapi bila gelak, kite sebenarnya reflect diri kita balik. Mase first day kite kat kampus pun macam tu kan.. Ye tak?? (mengaku jela). Tapi yang takley blahnye, bile dah masuk tahun akhir, masih tak ingat lagi kelas kat mane.. Nasib baik orang tak cam kite.. Tapi bile dah buat muke hilang arah tujuan dan memanjang pegang kertas tercari dikiri dan kanan tu.. memang sah la sesat..

Itulah alkisah hari pertama kat kampus.. Memang bole kate macam explorace la.. pegang kertas, cari2, bile tak jumpe, tanya orang, then teruskan perjalanan sampai jumpa tempat yang dituju.. ye tak?

Wednesday, November 18, 2009

Ku tak bisa..

Disini aku ciptakan kasih, dengan harapan ia akan bersemi menjadi sebuah cinta yang agung.. Aku titipkan sabar dalam merentasi hari-hari tanpamu.. Aku yakin Allah akan menjaga mu lebih baik dari yang aku mampu..
Berserilah taman kasih yang aku dambakan, dengan kilauan sayang yang bergemerlap..Kuakui.. jauh disudut hati ini aku terlalu merindui.. Merindui satu jasad yang telah aku hamparkan sebuah perasaan yang dalam. Berbalaskah rasa rindu ini..
Kian merangkak hari, kutemukan ketenangan yang dulu pernah singgah dilaman hati.. Walau sekejap cuma, ia menjadi bingkisan bahagia yang selalu ingin kukenang...
Impian ini hanya impian.. Tak mungkin yang kulakarkan dilangit harapan menjadi realiti yang mengasyikkan.. Itu khayalan cuma..
Bersemadilah duhai mimpi kerana  aku sering terluka mengenang 'kamu'...

Wednesday, November 4, 2009

Hmm..

"Kalau bisa kuterbang ke langit, menggapai himpunan awan yang lembut itu.. pasti kutemui damai yang kucari.. Alangkah indahnya kalau dapat aku ukirkan saat bahagia pada hamparan pelangi itu.. pasti ia adalah kemanisan yang pernah aku impikan..
Hidup ini tak terjanji dengan kebahagiaan yang berpanjangan.. kesedihan itu jua tidak kekal.. mendung yang berarak bersama awan kelabu itu hanya seketika.. Percayalah.. semua itu akan berlalu..Hadapilah segalanya dengan penuh rela.. kerana itu lebih baik.. 
Sesungguhnya kamu tidak bersendirian dalam hidup ini.. "

Tuesday, October 13, 2009

Ingatkan aku..

Saat ini, masih dalam kesibukan menyiapkan tugasan sebelum semester berakhir. Sekali lagi, medan peperangan untuk peperiksaan itu perlu aku tempuhi.. Untuk kesekian kali.. Kadang2, terfikir jua bilakah semua ini akan berakhir. Aku terlalu letih.. Letih dengan kehidupan yang menguji setiap inci keikhlasan.. Astarghfirullah.. Teringat kata2 Saidina Ali, "Apabila kamu merasa letih dengan kebaikan, sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal. Sekiranya kamu merasa seronok dengan dosa(maksiat), sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan berkekalan". Hm, mudah2an, ini adalah kebaikan.. Sedikit sebanyak kata2 ini menjadi penawar hati yang lara.
Jangan berhenti menuntut ilmu. 'When you stop learning you stop leading'. Berkembangnya ilmu melalui kepimpinan. Maka, tidakkah aku menidakkan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini andai aku menolak untuk memimpin? Berjayakah kepimpinan tanpa ilmu? Saat ini, aku tahu,pencarian ilmu itu takkan pernah berakhir. Cuma mungkin penerimaan sesuatu ilmu itu berbeza..
'Semoga terus tabah dalam menuntut ilmu..'

Friday, October 9, 2009

Gerhana Semalam

Sekilas pandang ke masa lalu, sedikit sebanyak mengingatkan diri tentang waktu yang berlalu. Waktu yang tak akan mungkin dapat untuk diputar kembali, waktu yang tidak jua membenarkan untuk memperbaiki segala kesilapan yang terjadi.

Saat ini, penyesalan itu terbit jua. Airmata yang mengalir tak dapat untuk ditahan. ‘Kalau’ itu tak akan terjadi. Yang kulalui kini ialah realiti. Realiti yang tak memungkinkan untukku kembali pada masa silam. Meski masa itu menjarakkan keadaan, ingatan tentang sesuatu peristiwa itu sukar untuk aku singkirkan.

Aku menderita dengan ‘kenangan’. Sebahagian keperitan yang cukup untuk meluluhkan sekeping hati. Berlalulah simpulan kenangan yang dulu teguh di ufuk mimpi. Tinggalkan ini sebagai sebahagian milik diri yang pahit untuk dikenangi, agar suatu saat ia menjadi ingatan paling berguna menuju hidup yang hakiki.

Tika gerhana beransur hilang, pulangkan kembali mentari pagi. Agar bisa memberi harapan untuk terus melalui hari…

Thursday, October 8, 2009

pilihanku..

Andai diberi pilihan, tentu sekali yang mudah dan terbaik yg kita inginkan.. namun tak semuanya dapat kita miliki.. kerana disebalik setiap pilihan terselit sebuah hakikat ketentuan.. namun, tetap jua terpaksa memilih..
barangkali pilihan yang tak kita sukai, itulah yang terbaik dan boleh jadi sebaliknya..
tatkala aku membuat pilihan, aku tahu tak semestinya sentiasa disenangi.. itulah hidup.. hidup yang sentiasa memberi ruang untuk memilih..
banyak yang berlaku dalam hidup kita, bukan disebabkan oleh pilihan kita, tetapi jua disebabkan oleh pilihan orang lain..
peritnya suatu pilihan, apabila diiring penderitaan.. dan waktu untuk memilih itu tidak banyak.. sentiasa aku sangsi.. inikah jalannya, inikah pilihan yang aku miliki..merelakan untuk disakiti, mengelak dari menyakiti.. namun, tetap jua memilih...